Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2024

i-Star, bas Kiffah, eKolej

Imej
  Bacalah perkongsian pada kali ini kalau taknak kena sidai sambil menunggu bas kiffah dekat UKM ni, baca sambil tunggu bas lagilah boleh! Ha? Bas?  Aku melihat sebuah bas lalu di hadapan aku tatkala kami (kolej kediaman mates) sedang berjalan menuju ke kolej. Dari Dectar tau kiteorang berjalan sampai ke kolej semasa MAW. Ah sedihnya kolej dekat je so tak perlulah bersimpati. Unless kalau kau pengsan ke pitam ke, BSMM yang angkatlah.  Selama MAW yang lepas, aku asyik tengok bas UKM yang warna kelabu itu je, bas berukuran kecil bewarna kelabu. Tulisan UKM merah biru kuning. Isi dalam seperti bas persiaran dengan aircond nya yang bukan kemain sejuk, langsir yang boleh tarik-tarik.  Ada sebelum ni banyak kumpulan WhatsApp yang aku join share pasal jadual bas kiffah. Haha, HAHAHAHAAA. Ada yang boleh percaya & ada yang tak. Yang pasti janganlah percaya 100% kalau moovit kata ada bas selepas pukul 11 malam, maybe itu bas berhantu kot hohohoo. Kalau bas MRT T451 tu aku ...