i-Star, bas Kiffah, eKolej

 

Bacalah perkongsian pada kali ini kalau taknak kena sidai sambil menunggu bas kiffah dekat UKM ni, baca sambil tunggu bas lagilah boleh!

Ha? Bas? 
Aku melihat sebuah bas lalu di hadapan aku tatkala kami (kolej kediaman mates) sedang berjalan menuju ke kolej. Dari Dectar tau kiteorang berjalan sampai ke kolej semasa MAW. Ah sedihnya kolej dekat je so tak perlulah bersimpati. Unless kalau kau pengsan ke pitam ke, BSMM yang angkatlah. 

Selama MAW yang lepas, aku asyik tengok bas UKM yang warna kelabu itu je, bas berukuran kecil bewarna kelabu. Tulisan UKM merah biru kuning. Isi dalam seperti bas persiaran dengan aircond nya yang bukan kemain sejuk, langsir yang boleh tarik-tarik. 

Ada sebelum ni banyak kumpulan WhatsApp yang aku join share pasal jadual bas kiffah. Haha, HAHAHAHAAA. Ada yang boleh percaya & ada yang tak. Yang pasti janganlah percaya 100% kalau moovit kata ada bas selepas pukul 11 malam, maybe itu bas berhantu kot hohohoo. Kalau bas MRT T451 tu aku tak pasti waktu terakhir perkhidmatan, yang penting 7.30 pagi pun ada dah masuk kawasan UKM. 

Dalam UKM ini ada 5 jenis bas: 

1. Bas kiffah zon 2 (KPZ - KPZ) [skip KKM]
2. Bas kiffah zon 3 (KKM - KKM) [skip KPZ] 
3. Bas kiffah zon 6 (KTM UKM - KTM UKM)
4. Bas persiaran UKM warna kelabu 
5. Bas MRT 

Ada satu lagi bas kiffah untuk ke PPN (Pusat Permata Pintar Negara) yang nun jauh belakang KAB (Kolej Aminuddin Baki), biasa pickup dari kolej terbesar (KKM, KPZ) sebab kolej kediaman biasa takda budak asasi. Budak permata pintar (under SPM level) semua memang ditempatkan & kolej dieorang dekat permata pintar tu jugak. (Baju sekolah dieorang semat woo, dahlah struktur auditorium futuristik macam uni oversea, apakan daya ukm ni semua seni brutualism). Tapi aku tak sure sama ada pelajar prasiswazah boleh naik atau tak. Nanti aku tanya dekat UKMC. 

Waktu bas macam biasa, mula 7.30 am kena mula terpacak dekat perhentian bas. Boleh jadi bas tiba terlebih awal / lewat sedikit. Ya, semua zon memang boleh jadi bergerak serentak. Sebab pelajar ramailaa lagi-lagi kolej besar yang menjadi stesen permulaan. Kesian kami ni yang dari kolej biasa (KRK, KDO) memang selalu lah zon 3 skip awal pagi (ramai pula pelajar KKM ada kelas pagi) sebab padat gila bas. Zon 2 lah perwira *tiada kaitan dgn politik. Lepastu tinggalkan satu bas kosong (usual ada 3 bas zon 3) macam berhantu. Semuanya tak mahu tolerate sebab yela kita tak boleh jangka tinggal berapa bas lagi yang akan tiba. Semuanya mengejar masa, kadang panik. 

Bas ada dalam setiap 30 minit. Peringatan: waktu bas berehat ialah pukul 

1. 1 petang - 2 petang 
2. 4 petang - 4.30 petang. 
3. 7 malam - 8 malam. 

Dalam poster pun takda cakap pun yang bas ada rehat pukul 4 tu. Hati-hatilah. Tersidai di KKM takpelah dekat (for me) *tapi busstop KKM panas nok terbakor. Tersidai di KTM sebelah driving range speechless. Tersidai di KPZ hmm kau duduk jelah dekat KPZ tu, dahla dekat tengah hutan. Tapi kedai makan dia banyak & sedap + free diarrhea *kadang-kadang


Pakcik? Jangan tinggalkan saya pakcik T-T saya takda lesen D ni tak boleh tolong drive kan hukhuk (ceh lesen keta motor pun takdak)


[UPDATE: SYARIKAT BAS BERTUKAR, KONTRAK DENGAN BAS KIFFAH SUDAH TAMAT] 

Maka bermulalah era bas kuning, bas minion. Some of it, lagi-lagi bas zon 1 HAHA, yang firstt sekali muncul buruk gila, sebab itu dulu bas my...link? Bas dari zaman purba mana tah, dahla jalan ukm ni berbukit, nah semput nak naik ke fpend depan citra lol. 

Here's the route. Macam biasa bas start pukul 7.30, ada je kadang lebih awal. Aku malas nak explain panjang sebab ada je bas zon.. (aku lupa) pakai bas eletrik uwuuu.









Boleh tengok jadual, waktu bas pakai apps jugak tau. Login pakai myukm punya apps, lepastu linked ke myukm smart bus. 



Okayyy apa itu iStar? Well function dia macam collect list program yang kita join di UKM. Penting or not tolak tepi, bolehlah buat flex diri ni aktif rupanya dalam UKM ni hohoh. 

eKolej? eKolej / eMerit ialah merit yang dikumpulkan untuk penempatan di kolej. Macam mana nak dapat? Tips dia senang je, join program under kolej / fakulti yang berteraskan softskill (kepimpinan, kemahiran). Depends on program tu bagi berapa percentage untuk korang punya merit. Contohlaa join program under kolej biasa-biasa je macam edit video, lepastu dekat merit masuk 2.0 macamtu, wauu tapi kenalah kumpul merit sampai range yang selamat untuk secure kolej pada tahun seterusnya. (Range selamat: 25% ke atas). Untuk first year semester 1 & 2 dijamin kolej, tapi tengoklah drama pada tahun 2 nanti. Drama yang melibatkan kroni, berat sebelah, ketidakadilan, salah diri semuanyalah sampai ada melibatkan parents. 

How about my merit? Biasa je. Ya memang payah untuk kumpul merit sampai 20 ke atas. 15 ke atas itu average. Yang tak kumpul langsung tu ucap babai jelah dekat kolej. Duk luar jelah, takda monyet, tapi transport... fikir sendiri. 

Macam mana nak jangka dapat merit berapa? Actually dia tak terbatas pada program under kolej & fakulti je, boleh jadi akademik sendiri(cgpa) menyumbang kepada peratus merit. And ada demerit juga, hati-hati yang bawa kenderaan, naya kena saman. Talking abt bawa kenderaan ni, untuk kereta starts from tahun 2, kau tahun 1 kalau bawak kereta mau kena sound dengan Wisma Aman. 

So, back to question daripada perenggan atas baris pertama - Biasa kalau first year penyertaan cuma (1-3%) percent je, kalau ajk dalam 3-4%, pencapaian kena isi sendiri tiada auto masuk. Ya kalau join program biasa program tu punya setiausaha yang akan pulun isi iStar, eKolej untuk para ajk & pesertanya. Masuk lah dalam 7 - 10 program macam tu, jangan asyik duk terperap dalam bilik je, jangan asyik duk jalan-jalan luar Ukm je. Tak dapat kolej nanti mula lah drama yang sama dalam Ukmc. 

Tolong lah, kalau boleh jangan abaikan iStar dengan eKolej ni. Lagi-lagi yang first year, Mentang-mentang sem 1 & sem 2 confirm dapat kolej, jangan sia-siakan peluang dapat duduk dalam kolej, belajar kumpul merit. Ada banyak senior yang terpaksa duduk luar, tumpang bilik semata-mata sebab merit ni. Do not take things as granted, bergaulah dengan masyarakat Ukm ni dengan meluas, though kau introvert sekalipun. Kita bukan nak mengejar populariti, tetapi manfaat buat diri sendiri tu. Make ur parents proud of you getting along with the ppl here well. 

Sekian, itu sahaja perkongsian pada kali ini. Bye selamat belajar dengan tekun & dipermudahkan segala urusan.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan sebelum mendaftar diri di kolej

Hello 2024! Recap of Semester 1

First week - Skip MAW, kuliah, accomodation