Persediaan sebelum mendaftar diri di kolej

      Hello semua! Kembali kita kepada segmen blog buat pertama kali untuk persediaan ke ijazah sarjana muda. (yes, before this ada catatan mengenai peringkat matrikulasi from me, boleh check di - paperrogerkms.blogspot.com. 

     Firstly, TOLONGGGG!!! JANGAN BUANG MYSEJAHTERA DEKAT TELEFONN!!!!!! IT'S.... Rasa diri macam, alahai, kenapa aku tak tanya dulu :( SILA BUAT APPOINTMENT DI MYSEJAHTERA SEBELUM BUAT MEDICAL CHECK-UP. Yela, ini zaman sekarang semua nak digital, kalau dulu sebelum covid boleh je walk-in, except sakit teruk, no need untuk temu janji. Yela, kerajaan punya mesti ikut prosedur, ikut atau patah kan kaki semata-mata nak masuk klinik (amaran: Dilarang melakukan aksi ini) eh tapi itu kena masuk hospital, ah merepek jelah aku ni. 

   For me prosedur untuk mendaftar online sebelum daftar di kolej taklah susah mana, ikut-ikut terus tau-tau je dah dekat dalam Dectar HAHAHAH. 

Interface pendaftaran yang tersangatlah mantap, key to Dekan HAHAH



Bayar yuran asas RM1200 boleh secara online payment / kalau under zakat boleh / any tajaan. Yang pasti aku bayar sendiri. Malas nak fikir any scholarship / pinjaman, duit simpanan boleh guna. Inilah pentingnya menabung. Lagipun, kalau apply scholarship kena ada interview and segala prosedur yang cerewet nak ******. Mestilah, takkan orang nak taja kita datang dari langit, memang taklah sila bangun dari delulu anda. And, scholarship nak yang result cemerlang je, apply lah kalau rasa diri tu layak & cemerlang, same goes to PTPTN, aku just.. tak yakin dengan apa yang bakal terjadi, what if sistem gred di uni strict gila?Tak boleh jangka. Tak sama macam matrik, senang gila nak dapat pointer tinggi. We can't predict the future, tapi aku cuba yang terbaik & aku kena tengok usaha aku heheh. 

Oh ya, dalam catatan terakhir aku pasal matrik, aku nak spill result sem 2, tapi aku spill sini, untuk sem 2 sangatlah mantap, overall nya aku bersyukur, reda. Tapi sukalah, sem 2 Biologi aku A solid wooo sebab tu aku pilih, untuk level degree ni, Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Tumbuhan). Haaa ni mesti suka pokok kan? Ya tapi itu bukan main point nya, yap, course ni dalam Fakulti Sains & Teknologi (FST), nak buat macam mana, aku suka buat kajian. Andd, dengan kepujian (with honour) bermaksud maybe sem akhir nanti ada buat thesis. Bersedialah, 4 tahun hukhuk.. 

Aku ada pilih Sains Sosial jugak, course yang terpaling aku nak - Antropologi & Sosiologi. Mainly belajar mengenai budaya, manusia dan... aku tak ingat. Laman web UKM ni memang mantap betul siap beri tajuk silibus apa benda yang kita akan pelajari dalam sesuatu course pada setiap semester. Tapi course ni dekat urutan bawah-bawah dalam list course yang aku isi dalam UPU. Biotech ni yang pertama sekali heheh, adalah sikit rasa menyesal, tapi TAK BOLEH TUKAR! TAK BOLEH UNDUR. Benda apa yang paling jauh dengan kita? Ya, masa lalu. Bak apa omputih - NEVER BACK DOWN NEVER WHAT? NEVER GIVE UP! 

Okay back to prosedur mendaftar, kita dah sesat jauh ni daripada pasal pendaftaran HAHAH. Untuk pemeriksaan kesihatan, nanti aku update, kena bayar itu pasti. Untuk pembukaan akaun RHB TAK PERLU BUAT APPOINTMENT. Just datang je lagipun RHB jarang ramai orang hihi. Aku pergi, dia cuma minta surat tawaran, IC dengan cap jari elektronik. Then dia bagi no. akaun bank untuk pembukaan akaun secara bulk (nanti minggu ke-3 selepas mendaftar di kolej baru dapat kad siswa), and no. akaun tu isi dekat maklumat diri dalam laman web edaftar UKM. Berterima kasihlah kepada kedua ibu bapa yang telah berkorban wang ringgit (teringat ayat ucapan tahniah pada dashboard pendaftaran online HAHAH). Tau, terharu kan, yela dapat masuk universiti berprestij, semoga segalanya dipermudahkan urusan aamiin. 

Oh ya, jangan lupa buat ujian minat kerjaya untuk rekod kaunseling UKM, dan update saiz baju korporat. Gambar untuk kad siswa (sila ambil perhatian atau gambar anda kena penyek) ya tuhann, trauma sia lihat gambar senior-senior kena penyek HAHAH. Asal jadi macam tu? Mungkin sebab tak ikut panduan saiz? Dia tak tetapkan spesifik, cuma gambar berukuran passport, yang hardcopy boleh tampal di borang pemeriksaan kesihatan. Make sure latar belakang biru tau, kalau edit-edit ni tak tahulah, asal gambar tidak melebihi saiz (maksimum 100 kb) tapi pastikan kecikkan saiz tu tak effect pada kualiti gambar, aku pilih Picwish, dengan teknologi AI yang mereka ada, semoga tak buruk lah gambar nya jadi pada kad siswa. 

Untuk pengesahan dokumen perlu dipalang & disahkan oleh pihak yang terlibat (pengetua sekolah gred atas DG44 / ketua kampung ). Antara dokumen yang perlu disahkan: 

1. Salinan result SPM
2. Salinan result STPM/Asasi/Matrikulasi
3. Salinan result MUET 
4. Salinan IC diri, ibu, bapa
5. Salinan slip gaji ibu / bapa

1-3 memang kena upload dekat laman web, yang 4 - 5 simpan untuk pendaftaran kolej. So, dah tertera kan yang perlu pengesahan & palang? Tak perlu tanya sama ada borang aku janji & borang pemeriksaan kesihatan perlu pengesahan & palang. Yang penting borang pemeriksaan kesihatan ada bahagian yang perlu diisi oleh doktor / pegawai perubatan semasa buat medical check-up. Page lastt sekali, yang dalam kotak diisi untuk yang asasi pintar, ruang lain isi. 


Ini contohnya: 

Niat aku baik ya nak tunjuk CONTOH, bukan nak flex, masing-masing ada struggle sendiri, I used to hate mengarang in BI, tapi lama-lama after biasakan & practice terus mantap alhamdulillah. Scan pakai camscanner je.



Oh ya, untuk minggu MAW (Minggu Apresiasi Watan) - macam tiber tapi aku teringat Wantan (new vocabulary, Watan bermaksud - semangat utk membela nasib bangsa dan negara (derived from dbp)
ada dresscode untuk perempuan 2/3 helai baju kurung biru, and 1 baju kurung putih. While lelaki baju kemeja putih seluar warna gelap. Untunglah laki, tudung perempuan biar match dgn baju. Takkan nak pakai neon eh tiber. Corak / not tak kisah. Baju untuk sukan bawa ya! Kita akan buat larian across UKM heh. Nah, ini jadual nya. 

tak nampak kan? Salah blogspot, bukan saya :)


I guess, itu je buat sekarang, apa-apa aku update nanti, or nak tanya kat telegram pun boleh, here - @Alyana7. Okay itu je byeeee, thank you sudi baca. 









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hello 2024! Recap of Semester 1

First week - Skip MAW, kuliah, accomodation