First week - Skip MAW, kuliah, accomodation

 

Hello! Selamat datang dari pewaris watan hehehee

     Boleh skip to first week kuliah? Literally half MAW aku skip sebab demam + batuk kering uhukkk T-T 

How's MAW even though half je? It's Minggu Apresiasi Watan and fasilitator nya kita panggil sebagai PC (Pemudah Cara). But it's 30% Penyusahkan Cara HAHAHA YEEEEE! Korang boleh percaya ke jadual MAW yang diberikan? Takk jangan percaya 100%. Ingat acara mula pukul 9? Pukul 8 dah kena ada dekat Dectar grr tapi bangun ok lah, peace tak rush sangat, standard bangun pukul 5 pagi, tidur pukul 2 pagi huhu. 

(But I think selepas ada banyak kes orang yang kurang sihat (include me) they've become more considerate, waktu tidur semasa malam berqasidah jadi pukul 11 macam tu, untunglah heh tapi masa perang Dectar jadi pukul 2 balik heh, biarlah malam last) 

Hari Sabtu, 30/9 sampai di Kolej Rahim Kajai dalam pukul.. 12 setengah macam tu, mula-mula park dekat Dewan Gemilang untuk memudahkan pergerakan, angkut barang ke dalam bas sikit-sikit then bertolak ke Kolej. Betul, dulu namanya KAMSIS tapi sebab arus kemodenan jadi namanya kolej kediaman. 

Ouh, tak tahu pulak bas yang naik tu bas last trip sebelum rehat tengah hari, maka tunggulah dekat dalam bilik after daftar ambil kunci dekat foyer (pejabat pentadbiran). Smooth process, tick nama kemudian ambik kunci beserta kad siswa. Wahh cepat betul kad nya siap, thumbs up! 

((TAK ADA MINTA BORANG APA PUN YA SEMASA MENDAFTAR, DASARR!! PUNYALAH STANDBY PRINT IC SURAT TAWARAN BAGAI! SENIOR MANA KATA SURUH BAWA NI?? (jokes heheh dlm ukmsiswaklik pun suruh bawa surat ...) Takpelah, simpan untuk kegunaan masa hadapan )) 

Set aside, oleh sebab geografi Krk (Kolej Rahim Kajai) ini berbukit, maka penatlah jugak mengangkut barang, ha yee penat teramat! Nasib baik kipas dalam bilik function betul! Sejukk!! 

Oh ya, bangunan kolej consider tingkat 3 bawah sekali then paling atas tingkat 5, ada certain tingkat 2, krk ada certain bilik ada balkoni, untunglaaaa kitanya bilik tingkat 3 view nya sendu sikit T-T. Blok K16 (jangan tanya kenapa labelled as K16, sebab aku pun tak tahu ), A & B untuk pelajar lelaki, C, D, E & F untuk pelajar perempuan. K17 is for pangsasiswa (tahun 2 ke atas biasanya, tapi ada je tahun 1 tapi tak banyak lah sbb fee mahal sikit per semester). View paling cantik for sunset goes to K16F, untungla. 

Jangan kecam kenapa tak nampak, marahlah blogspot, bukan saya. Yang pasti bawah tu pangsasiswa, yg blok sambung-sambung tu untuk kiteorang


Korang boleh lihat list Kolej under UKM dekat website nya, aku taknak cerita panjang sebab banyak lagi cerita best. 

Ya, kafe Krk paling sendu, cafe pak Harun, itu jelah yang ada, nasi berlauk tapi ulam dia banyak! Suka sukaa! 

Inilah senior kata as foyer, nampak macam muzium haha sebab ini kolej ke-3 terawal di UKM

Accomodation pun tak banyak, dobi, kajai mart yang... Surprised dekat sebelah surau, belah kiri pejabat pentadbiran, bilik study yang aku tak pernah teroka, surau pun kecil tapi comfy dekat sebelah kiri gambar. Bilik karaoke? Entahlah nanti kalau aku rajin aku pusing-pusing situ. 

Tapi sini view one of the best jugaklah, petang healing dekat tepi menghadap padang, dengar lagu, picnic. From past story menempatkan pelajar-pelajar hot, kita kalau perang dectar trending dekat Tiktok. Hmm bolehlah power jugak. 

[Aku rasa dari segi penempatan pelajar, dia akan letak pelajar berdekatan dengan fakulti & course yang sama contohla pelajar FSSK around pusanika (macam KTHO, KDO, KRK pun ada), FST merata, sebab boleh HAHAH takdelah, memang pelajar FST paling ramai. 

That's it, itu je cerita untuk Krk. Kalau fakulti tu dekat sini menempatkan: 

1. fakulti pendidikan -  FPend

2. Fakulti Undang-undang - FUU terpaling jauh dalam UKM, paling hujung & banyak story seram heheh. 

3. Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina - FKAB

4.  Fakulti Ekonomi & Pengurusan- FEP

5.  Fakulti Sains & Teknologi- FST 

6. Fakulti Pengajian Islam - FPI 

7. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan- FSSK 

8. Fakulti Teknologi & Sumber Maklumat- FTSM

And banyak lagi.. yang medic-medic semua kat kampus KL, Cheras. 

Fakulti mana yang paling best? Ialah fakulti yang ada kedai makan heheh, FST & FSSK ada Monti Keopi, fakulti lain idk. Sebab tak pernah jejak fakulti lain, tak berkenaan hehe tapi dengar katalah, FKAB ada kedai makan yang sedap, FEP pun ada. 

Nak makan sedap mostly pergi kolej yang popular macam KPZ, KKM, KIZ. Pusanika pun ada tapi always crowded lah, paling banyak orang buat konten tapi well, itu je. Zus Coffee, E-Mart, Teppanyaki, Hot Meal Bar for masakan Chinese, Tealive, Speedmart, He & She Coffee, ATM pun ada. Tak banyak pun, usahakan lah buka banyak lagi, lebih banyak duit pelajar habis heheh macam Mr Diy ke, Eco, 7 Eleven / MyNews, Watson ke. We need Kedai Ayam Penyet too hukhuk. 

Gambar sebagai hiasan. Malas aku nak usahakan. 

Hari Ahad 1/10, masuk Dectar. First impression memang wau, macam stadium, duduk asing ikut kolej. Biasalah kolej terbesar macam KKM & KPZ duduk bawah. 

Hari Isnin 2/10 MAW dengan fakulti, cerita pasal citra, dengan ujian makmal. Since mine dengan FST soo, kita berkumpul di bangunan kedekanan - Bilik Persidangan, DKB1, DKB2. Mantap lah fasiliti nya, DKB ada kerusi, meja yang tersorok. For other bangunan like Sains Fizik, Sains Matematik, Sains Biologi I'm not sure, sebab jarang ke situ hehe. Ada muzium geologi juga dekat bangunan kedekanan tu. For makmal untuk sekarang di bangunan tambahan makmal, pun mantap berhawa dingin. Well biasalah universiti ternama, but untuk makmal Biologi sekarang under construction, fumigasi sebab yeah, bangunan lama. Fungi/kulat boleh jadi berbahaya tau, kalau mycelium masuk rongga hidung kan selsema, lepastu batuk, lepastu jadi teruk & kalau ada asthma hmm.. 

For course, biasanya kena habiskan 30 atau 40 kredit citra dari C1-C6 setiap semester. Depends on buku panduan fakulti masing-masing. Ada course categorized as professional, bukan professional. From what I heard daripada senior semasa perjumpaan course (mine is Bioteknologi Tumbuhan, yap FST here, mari pening-pening mengenai lab kkk) elakkan ambil citra dalaman (citra dari fakulti sendiri ) sebab nanti tak dikira (?), boleh je ambil cuma ambil ikut perancangan yang diberikan, ada certain semester kena ambil itu ini, so kena ambil citra banyak-banyak dalam semester 1, 2 dari C1 - C6 untuk habiskan, sebab bila masuk tahun 3, 4 nanti mula busy & boleh ambil sikit je citra, sebab banyak course wajib kena ambil, kira-kira kredit je dah berbelas, nak tambah kredit citra tinggal sikit je, max per sem 20 kredit je, boleh je lebih / kurang dari 12 kredit, ada borangnya dalam smpweb. Kredit kurang biasa sebab faktor kesihatan, lebih biasa sebab tahun 3, 4. Itulah padahnya tak ambil citra banyak-banyak. Nak habiskan penat woo, demi nak graduate. Memang sakit perang citra ni, tapi siapa cepat dia dapat. Usaha dulu, check smpweb satu hari 3 kali inshaallah dapat. 

Tapi kita ada satu semester pendek, tambahan buat pelajar tahun 3, 4. Dalam semester tu (mid June, July, August if I'm not mistaken), boleh habiskan citra / kredit yang tak cukup. Kalau kredit tak cukup, tak boleh graduate. 

Kejarlah citra, kejar iStar jugak, kejar merit kolej. IStar ini pada benda? Merit untuk... kita sambung pada next blog in the future. Sampai setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga menjadi anak watan yang berjaya tak kira apa jua jenis kejayaan, macam mampu bangun tidur awal pagi HAHAHA nasib baik saya cuma ada 2 hari je yang kena bangun awal. 

Oklah, sampai di sini sahaja. Pasal bas kiffah kita share di next blog. Byeee~ 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan sebelum mendaftar diri di kolej

Hello 2024! Recap of Semester 1