 |
| Haii setelah sekian lama. Salam pewaris watan |
How's SUKEM? Haha, haha, HAHAHAHAAA. Menyusun semula cerita dari tahun lepas punya hukhuk banyak betul. Program sana-sini, karnival lah, festa lah. Setiap bulan mesti ada jualan vendor di Panggung Seni mahupun di Pusanika, kalau tiada ibarat tidak sah!
Korang mesti tak percaya, ya aku join SUKEM. Ha, sukan apa? Golf. Kenapa golf? Ouh sukan orang kaya-kaya. Well... saja-saja je masuk (Melihatkan artis kesayangan main jadi aku teringinlah juga nak main heheh) senang je, sukan ni jadi senang kalau kau minat dengan konsep fizik, masalahnya aku benci subjek fizik :( Jokes aside, sukan ni menarik sebab tak ramai yang minat (sebab tak ramai yang minat kerana dia punya equipment mahal gila satu set kayu je mau cecah 1k ringgit. Tapi sebab aku pinjam set milik kolej so no problem. And thenn! Hari kejadian semua ke laut. Pukul bola tak sampai green pun. Sedih tapi kelakar (sikit) and tak malu sebab ramai je yang macam diri ni, beginner. Sumpah fun sebab dapat pengalaman tu, dekat driving range lain, dekat hole lain sebab dari segi faktor permukaan bumi haha *dasar driving range scam tapi kenalah improve dekat driving range, pukul bola pun asyik kurang 100 meter je :( Ya, masih minat lagi nak main golf ni, tapi nantilah, masa ada duit takda HAHAHA peritnya life as student, nak kerjaaaa sesungguhnya kerja era kekayaan guee hihih.
 |
| Mana tahu korang tak percaya, ni bukti, hukhuk beg golf pun T-T |
 |
| In case korang tak faham apa yang aku cerita, ini gambar satu padang hole. Driving range itu tempat orang improve pukulan bola golf. Untuk kira skor itu tidaklah aku nak ajar, kan nanti ini jadi blog untuk yang beginner dalam golf |
 |
| Majlis penutupan SUKEM. Erm, bunga api itu lowkey mencemarkan langit sebab asap dia never-ending. |
Selepas sahaja SUKEM habis, majis penutupan diisi dengan perbarisan, KIZ oh KIZ macam manalah boleh terbalik kibar bendera Korea tu, nasib baik Korea Selatan. Kemudiannya bermulalah KarKon (Karnival Konvokesyen yang ke - 51). Untuk pagi & petang diisi dengan sidang kovokesyen, malamnya pula ada yang ada konsert, untuk pembukaan diisi dengan malam rindu Rasulullah. Alhamdulillah penuh dikerumuni oleh pelajar-pelajar UKM. Sambutan yang hangat. Sudah boleh berhenti fikir nak pakai apa, ambil gambar dekat mana masa konvo nanti tak? HAHA baru semester 1 Tahun 1. Ada baki 3 tahun lagi hukhuk. Cantikk lihat yang pakai jubah konvo dengan mortar board. Jubah UKM semua warna-warni, ikut fakulti. Untuk FST dapat warna purple yeayy. Not much huraian about Karkon sebab hmmm, dia macam itulah. Ada days yang I tak pergi even dekat je, Panggung Seni awwwwww ada Najwa Latif pula tu perform T-T.

Habis KarKon, kelab Adyratna under Krk ada buat event K-Pop Night Out pula di Auditorium Siswa. Aku apa lagi, joinlaaa walaupun sepatutnya kena berlatih untuk CWF. Nak buat macam mana, dah bayar untuk tiket dah. Best? Aku rasa best sebab ada kuiz, nyanyi / hyping over mv, random k-pop play dance. HAHAHAH sampai sini jelah share, banyak aib aku kat event tu.
 |
| Dressing up as bias serius seronok! Cuba teka I dress up sebagai siapa? |
Enough with it, kemudian tahun baru 2024 bersedia untuk Citra Warna Festival. Dalam masa yang sama KUO ada buat UO Fest juga hmmm. Nak buat macam mana, dah semester ini ter join citra under Pusat Kebudayaan, projek akhirnya kena buat persembahan di Dectar. Dectar, tempat orang konvo tu, Dectar, Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Nervous? A bit tapi just enjoy je. It went well. From day 1 kena pergi sebab nak buat report to day last hari persembahan. Memandangkan aku ambil citra Seni Tari Kontemporari, taklah susah mana sebab boleh je menari taklah kayu / nampak macam belon yang lambai tu sangat. Past is past. First time ever getting my makeup done. Sukalah kalau orang puji, sebab jarang last time I did my makeup about 10 years ago. (Yee masatu childhood main mekap2 bagai). I tak makeup and tak pernah dah sebab busy jaga skincare. Natural face is golden ha begitu.
 |
| Rehearsal |
 |
| Day 1 |
 |
| Ending Day 1 |
 |
| Day 2 - eh asal aku buat report dekat blog HAHAHAH |
Habis performance, penutup. Awww, sedih sebab dah tak menari dah, kalau nak menari pun dekat mana je? Bilik tarian kolej punya berkroni. Dekat bilik nanti tersadung langgar macam-macam. Sambung baris atas, keluar je daripada Panggung Seni (Dectar & Panggung Seni is linked), WOWW ada Naim Daniel tengah perform bersempena UO Fest. Nasib baik sempat tonton. Esoknya ada K-Pop Dance Competition anjuran UO Fest. Seronok? Bolehlah (Actually, clash dengan Program under kolej - Kajai Nova, dahlah aku ajk soo.... heheh)
 |
| Tahniah Krk no.1 dengan dance yang dibawa iaitu Twice - Cry For Me. No.2 milik KTSN dengan lagu Mic Drop, no. 3 milik KTDI dengan lagu Batter Up. |
How's Kajai Nova? Diadakan dari 5 - 7 Januari 2024, bertempat di Auditorium Siswa. Sumpah, agak hambar sebab yela, akademik, kau dah stres dengan akademik lepastu join program berteraskan akademik hm.. Tapi it went well. I don't think orang tahu sangat mengenai program ni, tugas exco pemasaran, not me. Nak buat macam mana kalau dah tak popular. Pertandingan under Kajai Nova ada debat, sajak, nyanyian, azan dan explore race. Explore Race jugak best sebab seronok lihat orang struggle hehehee. Bertempat around Pusanika je. Bolehlah mendapat sambutan sebab berkonsepkan permainan.
How's mid-term test? HAHAHAAAAA, tak sangka kena jawab dalam kertas OMR. Total soalan 60, semuanya multiple choice question. Senang or susah? Moderate sebab almost half question aku tembak je T-T. Keluar je result, marilah kita bertaubat. Termasuk week ni kalau tak silap dah week ke - 12. Semester 2 bermula pada bulan 3. Final exam hujung bulan ni hshshsj silalah insaf. Jangan membazir masa lagi dah.
My last story sebelum menutup segmen blog pada kali ini, esok Pilihan raya Kampus, undian secara online. Undilah secara telus, lupuskan benda yang tak patut. Tapi politik kampus ni I just baca & ikut je arahan senior - Jangan taksub / elakkan join program under politik universiti. Faham! Benda-benda sebegini biasalah bising sewaktu musim ini je, nanti tak tahulah senyap/hilang ke mana wallahualam.
P/s: I terbaca balik penulisan sebelum masuk universiti - UKM my dream uni. Haha, haha, HAHAAHAHAHAHAAA PLZ CONSIDER! Kau fikir nak berubah dekat alam universiti, nak ada kawan baru, ramai. Hakikatnya tidak semudah itu. You found constant insecurity, and people tend to start making friends dengan orang yang share same things (like ada persamaan macam oh dulu sama matrik, sama negeri cakap dialek negeri je). Komitmen itu suuuuusahhh! Nak jaga conversation, end up dah berapa hari dah tak cakap dengan roommate HAHAH. In every places you go, sama je konsepnya tak semestinya di universiti je, Stop lah dengan dream places ni. Benda takkan jadi magically, auto dapat kawan apa semua. Takda, kau takda effort kena tolak tepi lah kau. You found culture shock sana-sini. Nak buat macam mana, kenalah tabahkan diri, kuatkan hati. (And you found monyet sana-sini, merata dekat UKM ni, big moth due to kawasan UKM ni hutan yang kaya dengan nutrisi, that's why they're bigger than usual, anjing liar pun ada, babi hutan pun adaa (kolej yang terpilih je ada). Penat nak kena hadap. Except the sky, sky that I loveee. Loveee sangat-sangat the view. Masa zaman matrik dulu hadap sunset with kelapa sawit je, bintang-bintang malam. Here hadap view cahaya daripada bangunan tinggi-tinggi, pangsapuri sana-sini, giving a city view. Banyaklah pencemaran cahaya, sunset hmm okay jee. View padang, jalan raya.
Sekian, itu sahaja nukilan pada blog kali ini. Kita jumpa pada semester seterusnya. Byeee~
Ulasan
Catat Ulasan