Semester 2 - war of Citra rentas, citra wajib, Ramadan, Raya in UKM
![]() |
| Pap FST is so coquette |
Hello hi semuaa! Alhamdulillah survived from Semester 1 yang cuba beradaptasi dengan suasana di UKM. Jangan tanya pointer dapat berapa HAHAHAHAA.
Semester 2 dimulakan tepat ketika bulan Ramadan datang. Adakah ini takdir hmm memang takwim dah tertulis demikian. Bila mulanya masuk bulan Ramadan ni, kenalah jaga amal baik-baik. But Citra will makes it harder, susah jalan nak ke syurga.
Semester 2 bermula dengan... sunyi. Mana orang ni hahaha, ada fakulti yang online sebenarnya. Antara fakulti yang online ialah, FPI, FSSK, FTSM, dll. Yang ada di Ukm ni tinggal lah FST, FEP, FUU yang menghiasi suasana bulan Ramadan di Ukm. Well yang FST mula online 1/4, bolehlah sebab kita memang tak boleh online fully sebab ada experiment/lab.
[MANA ADAAAA LAB MASA BULAN PUASA! LEPASTU MAJOR SUBJEK DR NAK ONLINE JEE EEEEE, takpelah anyway yuran kolej kita bayar, kita bayar mahal dah kenalah duduk, menghargai *though my bro said kolej nampak macam berhantu HAHAHAHA]
Ada bazar Ramadan di hadapan Dectar uwuuu seronoknya. Ada macam-macam makanan dijual, tapi taklah sepanjang mana bazar nya. Beserdehana lebih baik. Ada juga iftar di Masjid Ukm, makan pun dekat talam. Kalau iftar ramai-ramai di kolej itu ikut hari, ada kolej yang buat ada yang tak, depends on their MEP. Tapi kalau solat terawih surau kolej ada, masjid pun ada. Tinggal pilih je nak terawih dekat mana. Bulan Ramadan ni dibuka peluang untuk kita kumpul kan pahala, tapi tahu tak siapa yang kurangkan pahala kita pada bulan yang mulia ini? Ya, honourable mention goes to Citra.
![]() |
| Sebeginilah bazar Ramadan nya. Bolehlah |
Tapi yang terbaiknya citra ni, kalau kita doa moga-moga dapat citra, inshaallah dapat. Allah will make a way untuk kita. Bulan yang banyak waktu mustajab berdoa. Tapi memang perlu mengahadap lah ya, pelbagai variasi perangai manusia waktu minggu-minggu citra ni, antaranya,
1. Orang yang suka peram citra, dia daftar tapi tak pernah datang kelas, orang ni memang dah tempah dah tempatnya di...? Kalau monyet masuk bilik tu adalah tu doa someone termakbul.
2. Orang yang overthinking. Takut nak ambik citra, terlalu consider susah / senang citra itu.
3. Orang yang suka drop citra last minute, sebab tiada siapa yang sudi swap dengan citra yang dia nak & ada. Orang sebegini memang patut kita doa agar bilik dia dimasuki monyet.
4. Orang yang tamak citra, ambil banyak-banyak, lepastu dia jual. Maybe yang ni boleh dikenakan tindakan oleh Pusat citra. Malas nak hadap, biar pihak pengurusan ambil tindakan.
5. Orang yang free rider. Dia ambik citra tu, kerja grouping dia tak buat, berpaut je. Lepastu dia dapat gred tinggi. Tak guna.
6. Orang yang tak cukup kredit citra even dah nak last year. Haih urusan dia sendiri lah.
Citra ni, kalau nak yang diidamkan seperti citra bahasa ke, citra sukan ke, citra kebudayaan ke, well kena berebut sebab sentiasa full. Dari C1-C6. Depends on fakulti masing-masing perlukan setiap citra berapa kredit.
1. Penuhi kredit citra mengikut kehendak fakulti. Contohlah, FST minta 2 kredit je setiap C1 sampai C6, maka kau ambik 2 kredit C6, 2 kredit C3, 2 kredit C4. Dah cukup 6 kredit kan? Next semester kau ambik C1 2 kredit, C2 2 kredit, C5 2 kredit. Cukup 6 kan? Maka kehendak fakulti dah setel.
2. Next semester kau ambiklah c mana-mana pun, asalkan antara C1-C6 sampailah cukup contohnya 30 kredit citra rentas fakulti kau minta, maka dah habis citra. Tak perlu fokus on citra lagi, fokuslah pada fakulti masing-masing.
Citra apa je yang senang? Orang suka pilih yangs senang je supaya subjek teras tak affected. Hakikatnya tak semua yang mudah. Based on my experience,
Kursus: Seni Tari Kontemporari I Set 2
Citra: C6
Tahap: Senang kalau ada minat & bakat.
Belajar: Setiap kali kelas asyik menariiii jee. For the 1st class, lect beri korang menari ikut lagu kesukaan korang so memang major pilih lagu kpop lah kan, suka lah tu / ada kelas ajar tarian. Final task is perform konsert citra, throw away ur insecure, improve from mistake, buat laporan & A auto dalam laporan akademik.
Kursus: Fotografi
Citra: C4
Tahap: Senang, monyet ukm pun boleh ambil citra ni
Belajar: ftf di kesatria belakang kkm/ online. I remember betapa susahnya nak pergi kelas ftf dengan hiking sikit dari belakang kkm (ytjt the shortcut), tapi seriuslaa lecturer nya santai sporting gila mengajar, sesi pembelajaran yang menarik, tak mengantuk. For those yang suka explore tangkap gambar sekeliling UKM, this course is for you! Tau-tau je dapat A 🤭
![]() |
| Haaa lawa kan? Sekarang ni musim bunga, so there's a lot of pokok bunga here is blossoming, macam pokok bunga frangipani, idk nama pokok bunga ni heheh (Pokok bunga Tecoma) |
Hati-hati juga, ada certain semester minta pelajarnya ambik CW (Citra Wajib) & WF (Wajib Fakulti). Apa-apa pun rujuk pada buku panduan fakulti masing-masing. WF ni biasalah, subjek English. Ambil mengikut tahap MUET masing-masing. CW ni fokus kepada fakulti masing-masing. Dia macam out sikit daripada bidang under fakulti macam keusahawanan, inovasi. Kenapa penting? Adalah tu. Dia punya grading pun nampak mudah je.
Aku tak faham yang 3 laluan, sarjana, industri & (tak ingat satu lagi), yang itu rujuk plan program masing-masing. Yang ni dibuka pada tahun 3 ke atas je.
Goodluck on your citra I guess? Inshaallah semuanya dipermudahkan. Byee.
Wait, tak habis lagi. Raya. How's raya in UKM? Raya di sini berperingkat. Ada yang buat by faculty, by kolej, by jabatan. Macam biasalah, fakulti awam ni selalu kena anak tirikan, sambutan raya cuma antara PM je, ada yang limitkan, (eh update: Buat dooooo tapi takda yg war-war kan, kenapa eh? YURAN KITA BAYARLAH DAHLA MAHALL! ) tapi kalau tak malu kau serbu je sambutan raya any faculty. Sebab takda yang sibuk tanya pun kau dari fakulti, kolej mana pun. Ada je sambutan peringkat uni, nanti I update bila.
Well, kolej I tak buat sambutan pun, maybe dah mula kelas fizikal ni semua busy dgn midterm, assignment. Takpelah tak terasa pun, move on raya dah habis.
P/s: adaa dah nak hujung syawal kolej baru nak buat sambutan. Heh I terlepas sebab kelas 3 jam T-T
![]() |
| A purrfect loaf of cat for u guys sebab sudi baca blog I. |
Bila dah mula fizikal ni mulalah misi mencari kelas. I dapat citra bahasa, guess kelas dekat mana? Yep, PKBL. Pkbl ni serius menyesatkan pelajar.Blok pentadbiran? Blok B? Blok C? Mudah sesat / hilang pun. Sekejap guna laluan oku, sekejap guna tangga kecik, ada yang laluan tak bersambung. Janganlah percaya 100% signboard dekat situ, nanti bertambah sesat je, signboard ke bilik tanyangan je betul, bilik sumber tak, dia belakang blok pentadbiran. DTAMS ni pula dekat dgn institut Islam Hadhari, sepatutnya ada kelas dekat situ tapi so far tak pernah pergi lagi.
Baiklah sampai di sini sahaja perkongsian. All macam biasa just based on my experience. Semoga dipermudahkan urusan kerana orang yang rajin meneroka terutama blog saya ni layak dipermudahkan urusan sebab korang rajin! Thank you sudi baca & byeee~





Ulasan
Catat Ulasan